11 August 2016

Fikir Dahulu Sebelum Bertindak

Sejak akhir-akhir ini kecoh tentang kewujudan aplikasi Pokemon Go. Dan lebih memeranjatkan lagi bila ada yang menghina Mufti semata-mata kes tidak membenarkan permainan tersebut dimainkan. 

Saya percaya dan yakin Mufti tidak bersalah dalam menurunkan fatwa kerana setiap fatwa yang diturunkan pasti adanya perbincangan yang besar bersama para ulama' yang lain. 

Pada mereka yang menentang Ulama' dan masih teruskan untuk bermain, silakan. Cuma satu sahaja kita perlu ingat. Kelak, setiap perbuatan, percakapan dan tindakan kita pasti akan disoal di hari kemudian.

Muhasabah bersama. :)


"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata), "Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
-As-Sajdah/32:12-

No comments: