18 August 2016

BURUK SANGKA

Buruk sangka menyebabkan ramai yang takut untuk berubah.

Apabila seseorang mula membuat keputusan untuk berubah, sudah pasti, akan ada ujian yang mendatang dan ujian yang paling sakit sekali ialah apabila terpaksa mendengar  bebelan buruk sangka daripada orang lain.

Buat yang kuat In Sha ALLAH, mereka akan meneruskan tanpa memikirkan apa yang dikatakan.

Tetapi buat hati mereka yang rapuh, pasti akan berbekas dan akhirnya was-was dengan keputusan yang dilakukan.

Buruk sangka merupakan satu perbuatan yang menunjukkan hati yang busuk sehinggakan menampakkan negatif pada sesuatu kebaikan.

"Ah, dia tu buat baik sebab nak orang pandang".

"Eleh, pakai labuh-labuh macam tu mesti sebab nak mengorat ustaz".

Jangan... Jangan kita bersangka buruk dengan orang.

Sepatutnya apabila orang mahu berubah, kita hendaklah menyokong. Bukannya menjatuhkan.

Ke sebab dah biasa kena macam tu sampai tak boleh tengok orang senang?

Entahlah, tepuk dada, tanyalah hati.

Semoga kita dijauhkan daripada sifat yang suka berburuk sangka dengan orang lain.

16 August 2016

H.A.T.I

Hati yang sakit adalah hati yang dalamnya itu mempunyai penyakit riya', dengki, sombong dan suka membuka aib orang.

Hati yang mati adalah hatinya jauh dari Allah swt. Bertuhankan nafsu sehingga tertutup hatinya menerima nasihat.

Hati yang sihat adalah hati-hati orang beriman. Mudah menerima nasihat, sentiasa mengingati Allah sehingga hati tenang hatinya...

Tanya pada diri, hati kita yang mana satu???

14 August 2016

ZIKIR KOTOR - Mencarut Sifat Sasaran Kita

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Zikir kotor : "MENCARUT"

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)". [Qaf : 18]

Mula-mula mungkin kita rasa 'cool' sebab geng-geng kita pun buat. Lama-lama tanpa sedar, perkataan kotor tu sudah menjadi zikir harian kita. *terlanggar batu*  "$%#$#"  la batu ni hishh  *marah dekat seseorang*  "Kau dah kenapa  @#&$% sangat"

Ehem atas ni contoh yee...

Imam Al-Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al-Din menyebut:
"Antara dosa lidah ialah : menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Sahabat, cuba banyangkan jika perkataan kotor itu yang keluar dari mulut kita saat kita menghembuskan nafas kita yang terakhir?

Nau'zunbillah min zaalik moga kita dijauhkan.

Jadi sahabat,
Ayuh kita sama-sama ubah diri untuk berkataan yang baik. Kita ubah slow-slow ye...

Lets fight, moga Allah swt mudahkan jalan kita, InsyaaAllah.
"Your attitude is like a price tag, it shows how valuable you are".

11 August 2016

Fikir Dahulu Sebelum Bertindak

Sejak akhir-akhir ini kecoh tentang kewujudan aplikasi Pokemon Go. Dan lebih memeranjatkan lagi bila ada yang menghina Mufti semata-mata kes tidak membenarkan permainan tersebut dimainkan. 

Saya percaya dan yakin Mufti tidak bersalah dalam menurunkan fatwa kerana setiap fatwa yang diturunkan pasti adanya perbincangan yang besar bersama para ulama' yang lain. 

Pada mereka yang menentang Ulama' dan masih teruskan untuk bermain, silakan. Cuma satu sahaja kita perlu ingat. Kelak, setiap perbuatan, percakapan dan tindakan kita pasti akan disoal di hari kemudian.

Muhasabah bersama. :)


"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata), "Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
-As-Sajdah/32:12-

30 March 2016

6 PESANAN

6 PESAN
IMAM AL GHAZALI
  • yang paling DEKAT didunia, KEMATIAN
  • yang paling JAUH didunia, MASA LALU
  • yang paling BERAT didunia, AMANAH
  • yang paling BESAR didunia, NAFSU
  • yang paling RINGAN didunia, MENINGGALKAN SOLAT
  • yang paling TAJAM didunia, LIDAH MANUSIA

26 March 2016

Beloved Mom, I Love You So Much!

"Anakku sayang, sabarlah dengan cacian manusia. Jika ada 10 orang yang mengata, Ada 100 orang lagi yang membela. Jika ada 100 yang membenci, Ada 1000 yang lain sudi menyayangi. Jika seluruh dunia menghinamu, kau masih ada Allah yang Esa. Dia akan tetap setia, selagi kau setia mencintai-Nya."

17 March 2016

Taubat is easy

2 rakaat.
Rakaat Pertama:  Al-Kafirun.
Rakaat Kedua:  Al-Ikhlas.
Habis solat, istighfar sebanyak mungkin,
sampai hati lembik.

16 March 2016

Tutorial Tudung dari Al-Quran

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
-Surah An Nur : 31-

Tak Solat Pun Allah Bagi Juga!!!


  • Tak solat SUBUH, bangun pukul 9:30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.
  • Tak solat ZOHOR, balik rumah makan nasi lauk ayam goreng, rasa ayam goreng. Makan tomyam, rasa tomyam, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
  • Tak solat ASAR, masih boleh pergi gym angkat berat, boleh main badminton, main smartphone, walaupun SENGAJA tinggal solat. Angkat besi 50KG boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
  • Tak solat MAGHRIB, nak suami Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kereta Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
  • Tak solat ISYAK, Allah tetap bagi rezeki. Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.
  • Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s. kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka (ب.ا٠ب٠ي).
  • Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tak tangguhkan dulu azabNya. Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.

Peringatan Bersama

Jangan bosan bertaubat walaupun selalu melakukan maksiat.

Jangan berhenti bertaubat walaupun kau bermaksiat dan terus melakukan maksiat.

Teruskanlah bertaubat sehingga kau bosan melakukan maksiat.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

03 March 2016

today

Allah nk tjuk.. siapa kita. knp kita buat smua tu. klau rs xnk.. btrus trg. jgn slalu sgt cri slh org lain sb nk cover diri sndri.. kita slalu sgt maki org.. mrh org. yg sbnrny diri kita yg slh. ni kli yg ke-6.

29 February 2016

4 thn skli

ap yg 4 thn skli tu.. upeny trikh 29February. Kita blh jmpe 4 thn skli je.. so? hr ni just nk ckp asyk kne mrh jer.. nk ngis je rs ht ni.. tp sb kuat kn. x ngis la,, huhu

25 February 2016

deep

kecewa! sakit! lumrah dah.. tabah! kuat! #SYGNB

Nervous

mnantikn saat esk.. pagi tgh hr. smga bjln dgn lncar..

M.A.L.A.S

Jangan Malas Bergerak.
Jangan Malas Berfikir.
Jangan Malas Bertanya.
Jangan Malas Beribadat.

Jangan! Jangan! Jangan! Jangan jadi MALAS!!!

Sebab Neraka hanya untuk mereka yang MALAS buat kebaikan.  Tujuan hidup yang pasti, disebutkan dalam Qu'ran 51:56 dan 2:30.  Tiada dikejar yang dikejar di dunia melainkan redha Allah.
"Kalu mung kejar redha dunia, mung samo jugok la denge manusio hop tok pernah ngucap kalimah Syahadah" -Tepuk ur chest, tny iman mung.

23 February 2016

hati

hati? hati kene tabah ckit..! kau jgn cpt mngalah. kene KUAT! senyum wlpn tpkse.