18 August 2016

BURUK SANGKA

Buruk sangka menyebabkan ramai yang takut untuk berubah.

Apabila seseorang mula membuat keputusan untuk berubah, sudah pasti, akan ada ujian yang mendatang dan ujian yang paling sakit sekali ialah apabila terpaksa mendengar  bebelan buruk sangka daripada orang lain.

Buat yang kuat In Sha ALLAH, mereka akan meneruskan tanpa memikirkan apa yang dikatakan.

Tetapi buat hati mereka yang rapuh, pasti akan berbekas dan akhirnya was-was dengan keputusan yang dilakukan.

Buruk sangka merupakan satu perbuatan yang menunjukkan hati yang busuk sehinggakan menampakkan negatif pada sesuatu kebaikan.

"Ah, dia tu buat baik sebab nak orang pandang".

"Eleh, pakai labuh-labuh macam tu mesti sebab nak mengorat ustaz".

Jangan... Jangan kita bersangka buruk dengan orang.

Sepatutnya apabila orang mahu berubah, kita hendaklah menyokong. Bukannya menjatuhkan.

Ke sebab dah biasa kena macam tu sampai tak boleh tengok orang senang?

Entahlah, tepuk dada, tanyalah hati.

Semoga kita dijauhkan daripada sifat yang suka berburuk sangka dengan orang lain.

No comments: